MAJLIS PERHIMPUNAN STAF BIL 1/2022 & MAJLIS SANJUNGAN BUDI PENGARAH
- Details
- Hits: 229
MAJLIS PERHIMPUNAN STAF BIL 1/2022 & MAJLIS SANJUNGAN BUDI PENGARAH
Tarikh: 4 Januari 2022
Anjuran: Jabatan Kejuruteraan Elekterik
Masa: 10.00 Pagi - 4.30 petang
Tempat: Politeknik Sultan Idris Shah
Telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Staf Bil 1/2022 dan Majlis persaraaan Tuan Pengarah. Majlis kali ini telah dihostkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elekterik PSIS. Majlis berjalan lancar dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Majlis dimulakan dengan perasmian Portal E-Book dan penyampaian sijil penghargaan kepada 61 penulis yang telah berjaya menerbitkan 25 E-Book. Majlis diteruskan dengan perasmian D’Lanai yang telah disediakan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam PSIS.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan Majlis Perhimpunan Staff Bil 1/2022. Perhimpunan ini dimulakan dengan perarakan masuk Encik Ishanuddin Bin Hussin, Pengarah PSIS, diringi oleh Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Pengerusi Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik, Pengerusi Jawatankuasa Sokongan Akademik dan Ketua- Ketua Jabatan.Antara agenda majlis tersebut adalah nyanyian lagu Negaraku, lagu Politenik Malaysia, bacaan ikrar, ucapan aluan pengerusi majlis dan tayangan video pekerja contoh.
Istimewanya majlis perhimpunan kali ini kerana seluruh warga PSIS dapat bersama- sama meraikan Majlis Persaraan “Sanjungan Budi” Pengarah PSIS, Encik Ishanuddin yang akan bersara wajib pada 5 Januari 2022. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran isteri Pengarah ,Puan Wan Faridah Binti Wan Jaafar, anak-anak, menantu serta cucu kesayangan.
Pihak Politeknik Sultan Idris Shah mengucapkan selamat bersara kepada Encik Ishanuddin.
Kalau ada sumur diladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
#PSISdesigningYourFuture