MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KE-15


Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah Ke-15 telah berlangsung pada 13-22 Disember 2021. Alhamdulillah majlis telah berjalan lancar dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sebanyak 13 sidang telah disempurnakan sepanjang majlis ini berlangsung.

Hari Pertama Majlis Konvokesyen Ke-15 (Sidang 1 & 2)

Seramai 253 graduan dari Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) telah menerima diploma pengajian masing- masing.

Sidang 1 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Amir bin Md Noor, Mantan Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti manakala Sidang 2 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Dr. Haji Arshad bin Kassim, CEO Veena Resources merangkap Mantan Pengarah PSIS ke-3.

Hari Kedua Majlis Konvokesyen Ke-15 (Sidang 3 & 4)

Seramai 193 graduan dari Jabatan Perdagangan (JP) PSIS menerima diploma masing - masing.

Sidang 3 & 4 disempurnakan oleh Datuk Ts. Haji Mohlis bin Haji Jaafar, Chairman ASEL Technologies Sdn Bhd merangkap Mantan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti.

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Jabatan Perdagangan bagi sesi Disember 2018 dan Jun 2019

Hari Ketiga Majlis Konvokesyen Ke-15 (Sidang 5 & 6)

Seramai 108 graduan dari Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH) dan 64 graduan dari Jabatan Kejuruteraan Elekterik (JKE) PSIS menerima diploma masing - masing

Sidang 5 & 6 disempurnakan oleh Encik Sulong Bin Yahaya, Mantan Pengarah PSIS ke-5.

Penyampaian anugerah kepada graduan yang cemerlang

Anugerah Pengarah
🔹 Nurul Izzah Binti Mohamed Shafiee (JKE)

Anugerah Projek Terbaik (JPH)
🔹 Too Rare By Seen
1. Norshalsabila Binti Wahi
2. Ezlah Binti Misrin
3. Nor Ezeatul Akma Binti Zulkifli

Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Kokurikulum Jabatan Kejuruteraan Elektrik sesi Disember 2018

🔹 Nurul Izzah Binti Mohamed Shafiee

Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Kokurikulum Jabatan Pelancongan & Hospitaliti Sesi Disember 2018

🔹 Nur Zakirah Binti Zuhri

Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Kokurikulum Jabatan Pelancongan & Hospitaliti Sesi Jun 2019

🔹Nur Shahida Afiza Binti Ismail

Hari Keempat Majlis Konvokesyen Ke-15 (Sidang 7)

Seramai 110 graduan dari Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi menerima diploma masing - masing.

Sidang 7 disempurnakan oleh Puan Hajjah Norehan Binti Md Shariff ,Mantan Pengarah PSIS ke-6.

Penyampaian anugerah kepada graduan yang cemerlang

Anugerah Pengarah 
🔹Prakash Veerasingam

Anugerah Projek Terbaik
Nama projek:VR EZ ARABIC APP
Penyelia: Puan Ts. Nurul Zakiah Kasnon

1. Muhammad Hairul Anuar Bin Zainuddin
2. Muhammad Zakwan Bin Mohd Sidek
3. Muhammad Aiman Bin Abdul Halim

Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Kokurikulum Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi sesi Disember 2018

🔹 Prakash Veerasingam

Hari Kelima Majlis Konvokesyen Ke-15 (Sidang 8 & 9)

Seramai 203 graduan sesi Disember 2019 dan Jun 2020 dari Jabatan Kejuruteraan Awam telah menerima diploma masing - masing.

Sidang 8 disempurnakan oleh Ts. Haji Hasrolnizam Bin Shaari, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor merangkap AJK Penasihat Industri PSIS dan sidang 9 disempurnakan oleh P. GEOL. Dato’ Haji Amran Bin Mohamad, Pengarah Urusan Geostrength Engineering SDN BHD.

Penyampaian anugerah kepada graduan yang cemerlang

Anugerah Pengarah & Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Jabatan Kejuruteraan Awam sesi Disember 2019

🔹 Darshen Sudesh Kumar

Anugerah Pengarah & Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Jabatan Kejuruteraan Awam sesi Jun 2020

🔹Muhammad Sani Bin Abdul Samad

Anugerah Projek Terbaik
Nama projek: Hybrid Environmental Brick (HEB)

1. Muhammad Aimal Fahmi Bin Abd Jalil
2. Farez Bin Rehan
3. Afiq Hafizuddin Bin Nor Nezam

Hari Keenam Majlis Konvokesyen Ke-15 (Sidang 10 & 11)

Seramai 215 graduan dari Jabatan Perdagangan sesi Disember 2019 dan Jun 2020 menerima sijil diploma mereka.

Sidang 10 disempurnakan oleh Puan Noor Aini Binti Samoon,Director of Malaysian Investment Development Authority (MIDA) merangkap AJK Penasihat Industri PSIS dan sidang 11 disempurnakan oleh Tuan Haji Tajuddin Bin Abdul Rashid, Mantan Pengarah PSIS ke-2.

Penyampaian anugerah kepada graduan yang cemerlang

Anugerah Pengarah & Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Jabatan Perdagangan sesi Disember 2019

🔹Malahayati Binti Zailan

Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Jabatan Perdagangan Jun 2020

🔹Nur Aqilah Bt Ghazali

Hari Ketujuh Majlis Konvokesyen Ke-15 (Sidang 12 & 13)

Sidang terakhir ini telah menyaksikan lulusan dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi serta Jabatan Pelancongan & Hospitaliti menerima sijil diploma masing - masing.

Sidang 12 disempurnakan oleh Tuan Haji Tajuddin Bin Abdul Rashid, Mantan Pengarah PSIS ke- 2 dan sidang 13 disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Amri Bin Abdullah, Panel Pakar Halal Negara, Moderator dan penganalisis myHALAL merangkap AJK Penasihat Industri PSIS.

Pengarah PSIS, Encik Ishanuddin Bin Husin mewakili pihak Pengurusan PSIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Konvokesyen pada kali ini.

Turut hadir sama Pengarah Politeknik Bagan Datuk, Pengarah Kolej Sabak Bernam, Pengarah Kolej Komuniti Bandar Darulaman, wakil dari Politeknik Metro Kuala Lumpur serta Mantan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua graduan. Semoga terus mencipta kecemerlangan. Pihak PSIS ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Pihak Pejabat Kesihatan Daerah dan PDRM yang hadir bagi memantau Majlis Konvokesyen mengikut standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan.

#PSISdesigningYourFuture