CSR BANTUAN PASCA BANJIR 2021 POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

24 Disember 2021, Pasukan Sukarelawan PSIS telah melaksanakan Program Khidmat Masyarakat bagi membantu staf PSIS yang turut terjejas akibat banjir pada 18 Disember 2021.

Sukarelawan yang melibatkan 8 orang staff PSIS telah melakukan aktiviti pembersihan di dua lokasi yang berbeza, iaitu rumah Encik Hasrulhisham bin Suhaimi, Seksyen Pengurusan Sukan dan Ko-kurikulum di Sepang dan Dr. Raudyah binti Md Tap Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Banting.

Seluruh warga PSIS mendoakan agar semua staf yang terkesan dengan musibah banjir diberi ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi ujian ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

#PSISdesigningYourFuture
#BanjirSelangor
#PSISprihatin