WEBINAR KERJAYA & CEO@POLYCC TALK l “CABARAN KERJAYA DI ERA ENDEMIK COVID-19”

Unit Corporate, Industrial Services & Employability Centre (CISEC), Politeknik Sultan Idris Shah telah menganjurkan Webinar Kerjaya & Ceo@Polycc Talk “Cabaran Kerjaya Di Era Endemik Covid-19” seperti butiran berikut:

Tarikh: 7 Disember 2021 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Platform: Cisco Webex

Webinar ini telah disampaikan oleh En Encik Mohamad Akmal Bin Md Ruslan (Jabatan Belia dan Sukan Negara), Encik Nik Mohd Adham Bin Che Zainuddin (MyFuture Jobs) dan Puan Annisa Binti Muhamad Hasnil (MyFuture Jobs). Objektif program ini dijalankan adalah selaras dengan misi dan visi PSIS dalam melahirkan graduan yang cemerlang dalam pelbagai bidang sekaligus membuka laluan kerjaya yang lebih luas. Sehubungan dengan itu persediaan dari segi mental dan fizikal serta perkongsian tips menghadiri temuduga secara maya daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara dan MyFuture Jobs yang berpengalaman luas dapat dikongsi bersama dengan para pelajar.

#PSISdesigningYourFuture