06 DISEMBER 2021 | KEMASUKAN PELAJAR KE KAMPUS POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH BAGI FASA 3 SESI 1 2021/2022

Hari ini telah berlangsung pendaftaran kemasukan pelajar bagi Fasa 3 Sesi 1 2021/2022. Proses pendaftaran berjalan lancar mengikut standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pihak pengurusan PSIS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak PDRM yang hadir bagi memantau proses pendaftaran mengikut standard operating procedure (SOP). Terima kasih dan syabas juga diucapkan kepada semua staf PSIS yang komited menjalankan tugas.

Pengarah PSIS mewakili Pihak Pengurusan PSIS ingin mengucapkan Selamat Kembali ke Kampus dan berharap semua pelajar sentiasa mematuhi SOP ketika berada di kampus bagi memutuskan rantain Covid-19.

#PSISdesigningYourFuture
#selamatkembalikekampus
#Kitajagakita