JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNGGULI KaSBu 2


Seksyen Pengurusan Sukan dan Ko-kurikulum dengan kerjasama Kelab Kabajikan dan Rekreasi serta Majlis Pewakilan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah telah menganjurkan Karnival Sukan dan Kebudayaan (KaSBu) pada 22 November 2021 sehingga 01 Disember 2021 melibatkan penyertaan seramai 624 orang pelajar dari 5 jabatan utama di PSIS. Sukan yang dipertandingkan adalah Bola Tampar, Sepak Takraw Bulatan, Batu Seremban dan Congkak. Turut menghantar penyertaan dalam karnival kali ini adalah pasukan bola tampar dari kakitangan di bawah Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan akademik. Karnival dijalankan mengikut SOP penganjuran majlis dan sukan serta penjarakan fizikal sentiasa dipatuhi sepanjang karnival berlangsung.

Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah Karnival Sukan dan Kebudayaan (KaSBu) telah disempurnakan oleh Encik Hairulanuar bin Rosman, Ketua Seksyen Pengurusan Sukan dan Ko-kurikulum pada 01 Disember 2021 (Rabu), bertempat di Cafe asrama PSIS. Hanya wakil Johan, Naib Johan, Tempat ke-3 dan tempat ke-4 bagi setiap kategori sukan dijemput hadir untuk menerima hadiah. Johan keseluruhan Karnival Sukan dan Kebudayaan (KaSBu) fasa 2 ini, sekali lagi menjadi milik Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan penyampaian Piala Pusingan Karnival telah disempurnakan oleh Encik Hairulanuar. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga semangat dan kesungguhan yang ditonjolkan mampu meningkatkan semangat kesukanan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual dan rohani.

#PSISDesigningYourFuture