Aktiviti Kemuncak Mini Karnival STEM 2021

Tarikh: 26/11/2021 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi
Anjuran: Jabatan Matematik, Sains & Komputer
Platform: MS TEAM

Panel Jemputan: En. Hasrulhisham Bin Suhaimi dan En. Shahrul Izwan Bin Mat Sharif, Pegawai Belia dan Sukan, Politeknik Sultan Idris Shah

Aktiviti yang berlangsung:
🎈FIT PSIS Senamrobik
🎈HOTS STEM
🎈Pengumuman pemenang pertandingan Doodle dan Mengarang Puisi Sains

Aktiviti STEM Helps Others to Shine akronim kepada HOTS STEM merupakan aktiviti yang melibatkan perkongsian santai panel dengan pelajar berkaitan kesihatan mental dan fizikal serta kaitannya dengan sains dan matematik.

FIT PSIS Senamrobik pula merupakan aktiviti yang meningkatkan kecergasan pelajar dan kepentingan hidup sihat, cergas dan aktif.

Mini Karnival STEM 2021 merupakan program pembudayaan STEM dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik yang dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Politeknik Sultan Idris Shah bagi memupuk minat dikalangan pelajar. STEM yang membawa maksud Science, Technology, Engineering and Mathematics dilaksanakan sejajar dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2015-2025 ke arah mewujudkan dan menzahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang serta mengetengahkan kecemerlangan bakat.

Bertepatan dengan hasrat dan matlamat ini, Mini Karnival STEM 2021 dirancang sebagai satu platform mengetengahkan kreativiti, kecerdasan, mendorong minta dan meningkatkan motivasi pelajar bersesuaian dengan Revolusi 4.0 yang memerlukan pelajar mengaplikasikan elemen STEM dalam pembelajaran Matematik dan Sains seterusnya dalam kehidupan seharian. Dalam fasa endemik Covid-19 ketika ini, penganjuran aktiviti kecergasan yang melibatkan fizikal juga merupakan salah satu medium ke arah pemerkasaan STEM selain untuk kekal sihat dan aktif.