WEBINAR HALA TUJU BIDANG PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
- Details
- Hits: 195
WEBINAR HALA TUJU BIDANG PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
27 November 2021
Telah berlangsung Webinar Hala Tuju Bidang Pelancongan dan Hospitaliti (JPH PSIS) pada 26 November 2021 anjuran Kelab Pelajar JPH di bawah seliaan Encik Khirun bin Md Shah dan Puan Dahlia binti Abdul Aziz secara dalam talian di platform Ms Teams dan Facebook Live. Majlis ini telah disertai dengan dua panel iaitu En. Alwi Shakir bin Abdullah (Alumni dan Panel DUP) dan En. Muhammad Akmal Haziq bin Mohd Nasir (Alumni dan Panel DHF)
Webinar ini juga telah disertai dan dihadiri oleh pelajar dalam jabatan pelancongan dan Hospitaliti (DUP & DHF) seramai 371 orang, para pensyarah, dan urusetia majlis. Majlis telah diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang tawaran serta peluang pekerjaan, pendidikan yang boleh disertai dan diambil oleh pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Majlis ini diharap dapat memberi semangat dan idea kepada seluruh pelajar JPH dalam menjalani, mengharungi, dan melakar masa hadapan mereka dengan lebih cemerlang.
#PSISdesigningYourFuture