Majlis Apresiasi Anugerah Ketua Jabatan JPH
22 November 2021

Telah berlangsung Majlis Apresiasi Anugerah Ketua Jabatan bagi Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH PSIS) pada 19 November 2021 anjuran Kelab Pelajar JPH secara dalam talian di platform Ms Teams. Majlis telah dirasmikan oleh En. Mohamad Kazar bin Razali selaku Ketua Jabatan JPH dan telah disertai dan dihadiri oleh pelajar penerima AKJ, para pensyarah, pelajar semester 1 JPH dan urusetia majlis.
Majlis telah diadakan bertujuan untuk meraikan seramai 432 orang penerima AKJ bagi Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti sesi Disember 2020. Majlis ini diharap dapat memberi semangat kepada seluruh pelajar JPH dalam menjalani sesi pengajian masing-masing di Politeknik Sultan Idris Shah.

#PSISdesigningYourFuture