Tourism Webinar Series: Scuba Diver Life Experience!
12hb Nov 2021


Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PSIS melalui unit Pengurusan Pelancongan telah menganjurkan Tourism Webinar Series di dalam segmen Scuba Diver Life Experience! pada 10 November 2021. Webinar ini dianjurkan bagi pelajar DUP 5A yang mengambil kursus DTO30064-Marine Recreational Tourism dan juga pensyarah JPH, PSIS. Sesi webinar ini telah menjemput dan melibatkan seorang panel iaitu Muhammad Firdaus Bin Zolkefli yang merupakan Professional Course Director dalam Scuba Diving International (SDI TDI) dan juga pemilik P44IRATE SCUBA. Sesi webinar ini mendedahkan para pelajar tentang aktiviti Scuba Diving, peralatan, lokasi selam, prosedur keselamatan, kemahiran komunikasi selam scuba serta perkongsian pengalaman daripada panel. Webinar ini merupakan salah satu tugasan amali dan diuruskan oleh pelajar DUP 4A bagi memenuhi keperluan kursus DTM40134 - Event Management & Operation di bawah seliaan Pn.Noraini Binti Mohamad Idaris dan Pn. Aklimima Binti Awang selaku pensyarah kursus.

#PSISdesigningYourFuture