Tourism Webinar Series: Terrestrial Recreation Management
12hb Nov 2021


Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PSIS melalui unit Pengurusan Pelancongan telah menganjurkan Tourism Webinar Series di dalam segmen Terrestrial Recreation Management pada 10 November 2021 . Webinar ini dianjurkan bagi pelajar DUP 2A dan DUP3A yang mengambil kursus DTO20044-Terrestrial Recreational Tourism dan juga pensyarah JPH, PSIS. Sesi webinar ini telah menjemput dan melibatkan 3 orang panel iaitu Mohd Shafiee Bin Hassan, Nor Faizul Bin Norudin dan Mohd Efendi bin Ahmad yang kesemuanya merupakan pensyarah daripada Kolej Komuniti Lenggong. Sesi webinar ini dipecahkan kepada 3 slot iaitu 1: Recreational Activity Management, 2: Outdoor Cooking and Centralized Kitchen dan 3: Forest Navigation. Webinar ini merupakan salah satu tugasan amali dan diuruskan oleh pelajar DUP 4A bagi memenuhi keperluan kursus DTM40134 - Event Management & Operation di bawah seliaan Pn.Noraini Binti Mohamad Idaris dan Pn. Aklimima Binti Awang selaku pensyarah kursus.

#PSISdesigningYourFuture