8 NOVEMBER 2021 | KEMASUKAN SEMULA PELAJAR KE KAMPUS POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH BAGI FASA 2 SESI 1 2021/2022

Proses pendaftaran pelajar berjalan lancar mengikut standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Kesemua pelajar yang hadir telah disaring sebelum ke kaunter pendaftaran.

YBrs. Puan Ts. Zainab Binti Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) telah hadir bersama ke Dewan Sri Lang PSIS bagi meninjau proses pendaftaran sebelum ke Majlis Anugerah Perkhimatan Cemerlang Tahun 2020 & Citra Budi PSIS. Puan Ts. Zainab Binti Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK diiringi oleh Encik Ishanuddin Bin Hussin, Pengarah PSIS.

Pihak Pengurusan PSIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Ts. Zainab Binti Ahmad , Ketua Pengarah JPPKK kerana sudi hadir ke PSIS.

Pihak pengurusan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PDRM yang telah hadir bagi memastikan proses mengikut standard operating procedure (SOP) yang ditetapkan serta syabas buat keluarga PSIS yang komited menjalankan tugas.

Pengarah PSIS mewakili Pihak Pengurusan PSIS ingin mengucapkan Selamat Kembali ke Kampus dan berharap semua pelajar sentiasa mematuhi SOP ketika berada di kampus bagi mengekang penularan wabak Covid 19.

#PSISdesigningYourFuture
#selamatkembalikekampus