SEMANGAT BERPASUKAN MISI UTAMA

25 Oktober 2021 - Dalam mematangkan rohani dan jasmani pelajar semester satu bagi tahun 2021/2022, satu Pertandingan Bola Tampar Campuran Tertutup telah diadakan bermula pada 25 hingga 29 Oktober 2021. Program ini adalah salah satu inisiatif Pihak Seksyen Pengurusan Sukan & Ko- Kurikulum (SP SKK) bagi meningkatkan semangat berpasukan melalui penglibatan sukan untuk pengisian masa lapang mereka semasa berada di kampus. Sebanyak 17 pasukan telah mengambil bahagian mengikut kelas di jabatan masing-masing dengan penglibatan pelajar seramai 250 orang secara berfasa. Pelaksanaan program ini juga telah mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Fasa Empat yang telah ditetapkan oleh Pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

Majlis telah dirasmikan oleh Ts. Nizam Bin Mohd Nasir selaku Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sultan Idris Shah.

#SPSKKPSIS
#PSISdesigningYourFuture