TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN UNTUK KEJOHANAN TERTUTUP BOLA TAMPAR CAMPURAN PSIS

20 Oktober 2021 - Pihak seksyen Pengurusan Sukan & Ko-Kurikulum (SP SKK) PSIS telah mengadakan taklimat pengurus pasukan bagi Kejohanan Tertutup Bola Tampar Campuran yang akan diadakan pada 25 hingga 29 Oktober 2021. Kejohanan ini adalah salah satu inisiatif SP SKK untuk membawa budaya kesukanan di kalangan pelajar-pelajar baru setelah negara berdepan dengan penularan wabak Covid-19. Bagi memastikan keselamatan di kampus hanya pelajar yang lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini. Taklimat ini juga menekankan pelaksanaan kejohanan ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi memastikan pelajar-pelajar tersebut selamat daripada penularan wabak tersebut.


#SPSKKPSIS
#PSISdesigningYourFuture