HEBAHAN PROGRAM WEBINAR SOLAR AERIAL VEHICLE 2021 (SAVe 2021) PADA 21 OKTOBER 2021 (KHAMIS)

Program Solar Aerial Vehicle Competition (SAVe) merupakan inisiatif daripada TNB Integrated Learning Solution - ILSAS dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai usaha mempromosikan teknologi solar dalam penghasilan kenderaan terbang kepada generasi muda negara. Program ini telah dilaksanakan buat pertama kali pada tahun 2020 yang telah disertai oleh lebih 70 orang pelajar dan pensyarah dari Politeknik seluruh negara. Sebagai kesinambungan, sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Port Dickson dengan kerjasama Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan TNB-ILSAS akan menganjurkan Webinar Solar Aerieal Vehicle 2021 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Oktober 2021 (Khamis)
Masa : 9.00 Pagi – 4.00 petang
Platform : Webex
Pautan : https://bit.ly/3n7jp2w

Event number : 2512 884 9666
Event password:1234

Join by phone

+60-3-20-585-339 Malaysia Toll
+60-3-9212-7625 Malaysia Toll 2
Access code: 2512 884 9666
Host PIN: 3687


Perasmian penutup program ini akan disempurnakan oleh YBrs. Ts. Zainab binti Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK.

Sehubungan itu, YBhg. Datuk Seri / Dato’ / Dr. / Datin / Tuan / Puan dijemput untuk menyertai webinar tersebut. Webinar ini juga akan disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Politeknik Port Dickson, https://www.facebook.com/LamanRasmiPoliPD. Segala perhatian dan kesudian YBrs. Ts./ Dr./ Tuan/ Puan memenuhi jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.