Pendaftaran pelajar fasa 1 ke Kolej Kediaman di Kampus Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bermula hari ini 17 Oktober 2021.

Kesemua pelajar yang hadir telah menjalani ujian kendiri Covid 19 sebelum dibenarkan memasuki kolej kediaman. Proses saringan ini dijalankan bagi memastikan pelajar sihat dan mematuhi syarat yang ditetapkan.


Pihak Polis juga telah hadir bersama bagi memastikan proses pendaftaran kolej kediaman berjalan lancar dan mengikut standard operating procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Turut hadir Pengarah PSIS , Encik Ishanuddin bin Husin.

Pengarah PSIS mewakili semua Pihak Pengurusan PSIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak PDRM yang hadir dan memberi kerjasama yang baik serta syabas buat kakitangan PSIS yang komited menjalankan tugas.

Pihak Pengurusan juga ingin mengucapkan Selamat Kembali ke Kampus buat pelajar fasa satu dan berharap semua pelajar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan wabak Covid 19.

#PSISdesigningYourFuture
#selamatkembalikekampus