Anda telah bersedia pulang ke kampus?

Selamat pulang ke kampus buat para pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melaksanakan Program VACC2Campus untuk meningkatkan vaksinasi lengkap dalam kalangan warga institusi pengajian tinggi (IPT) sebelum kampus dibuka. Program dengan kerjasama Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) itu bagi meningkatkan jumlah warga IPT yang mendapat vaksinasi lengkap sebelum kampus dibuka.

Tahniah buat para pelajar yang telah melengkapkan vaksinasi dan melepasi tempoh keberkesanan untuk pulang ke kampus.
Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan setelah pulang ke kampus.

#MestiMenang
#KitaJagaKita
#LindungDiriLindungSemua
#KeluargaMalaysia
#welovepolycc