SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH BAGI TAHUN 2021

Pada 9 Oktober 2021 telah berlangsung sambutan Hari Sukan Negara yang telah disambut di seluruh negara pada minggu kedua bulan Oktober bagi setiap tahun. Politeknik Sultan Idris Shah melalui Seksyen Pengurusan Sukan dan Ko-kurikulum dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan Daerah Sabak Bernam mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada warga PSIS dan alumni PSIS atas penyertaan Virtual Fun Run & Walk serta peraduan Selfie dan Menang yang di adakan sempena Hari Sukan Negara bagi tahun 2021. Seramai 96 orang telah menyertai aktiviti ini dan sambutan yang menggalakkan terdiri daripada pelajar-pelajar PSIS sendiri. Seperti yang dijanjikan pemenang “Selfie dan Menang” Virtual Fun Run & Walk Peringkat Politeknik Sultan Idris Shah sempena Hari Sukan Negara telah diumumkan di Instagram rasmi Politeknik Sultan Idris Shah. Tahniah kepada semua pemenang dan sijil penyertaan HSN2021 telah dihantar ke email yang berdaftar dalam borang penyertaan yang diisi oleh warga & alumni PSIS.

Disediakan oleh:
Shahrul Izwan Bin Mat Sharif & Hasrulhisham Bin Suhaimi
Pegawai Belia & Sukan
Politeknik Sultan Idris Shah