MAJLIS MENANDATANGANI SIJIL KOLABORASI STRATEGIK PSIS 2021
Telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik Politeknik Sultan Idris Shah bagi tahun 2021. Majlis telah dikelolakan oleh Seksyen CISEC PSIS secara dalam talian melalui platform Webex. Majlis telah dihadiri oleh sebanyak 15 syarikat industri terpilih untuk menandatangani sijil kolaborasi strategik bersama PSIS pada tahun 2021. Majlis telah dimulai dengan ucapan aluan pengacara majlis, nyanyian Lagu Negaraku, bacaan doa, tayangan video PSIS, ucapan aluan Pengarah PSIS En. Ishanuddin bin Hussin, ucapan aluan Pengarah BKIK JPPKK Pn. Yusma binti Yusof, dan ucapan perasmian oleh Tan Sri Dato' Dr. Rozali bin Ismail, Pengerusi JK Penasihat Industri PSIS selaku tetamu jemputan VIP majlis. Majlis diteruskan dengan tayangan montaj majlis, sesi menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik PSIS bersama syarikat industri, sesi fotografi bersama wakil industri, dan sesi ucapan wakil setiap industri. Majlis telah diakhiri dengan sesi fotografi bersama beramai-ramai.