Tarikh: 5 Oktober 2021 (Selasa)
Masa: 11.45 pagi - 12.30 tengahari
Mod Pembentangan: Secara Dalam Talian
Platform: MS Teams
📍Studio UIDM PSIS
Kumpulan KIK L.A.N.G Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah selesai menjalani proses viva di Konvensyen Horizon Baharu KIK Peringkat Kebangsaan 2021, anjuran Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang dilangsungkan secara dalam talian bermula 5 hingga 7 Oktober 2021.
Kumpulan L.A.N.G yang dianggotai oleh 10 orang pegawai dari beberapa jabatan akademik, seksyen dan unit di PSIS ini telah mewakili PSIS dengan produk inovasi Sistem Pengurusan Kehadiran PSIS (TimePSIS©).
Idea dan rekabentuk Sistem TimePSIS© diasaskan sendiri oleh Encik Ishanuddin bin Hussin selaku Pengarah PSIS dan dibangunkan secara in-house development oleh Encik Yasrizan bin Yasin selaku Pembangun dan Pentadbir Sistem.
Produk inovasi berasaskan aplikasi laman web ini menggabungkan teknologi biometrik, pemetaan koordinat geolokasi dan modul pelaporan harian Bekerja Dari Rumah (BDR). Sistem ini juga dibangunkan seiring dengan perkembangan teknologi berteraskan Revolusi Industri Keempat (4IR) dan amat bertepatan dengan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016 yang turut menyokong visi dan misi PSIS, JPPKK dan matlamat serta aspirasi sistem pendidikan tinggi negara.
Hasil kajian kuantitatif dan kualitatif bagi menilai keberkesanan penggunaan TimePSIS© ini telah memberikan keberhasilan dan impak yang amat baik khususnya di dalam menambahbaik proses penyampaian perkhidmatan khususnya dalam aspek pengurusan sumber manusia di PSIS.
Hasil usaha, komitmen dan kerjasama sepenuhnya semua ahli kumpulan L.A.N.G serta sokongan dari pihak Pengurusan, krew-krew teknikal dan seluruh warga PSIS, produk inovasi penambahbaikan penyampaian perkhidmatan ini telah berjaya diterjemahkan dalam bentuk dokumentasi, perlindungan harta intelek, pembangunan video dan perkongsian pintar.
Semoga idea-idea inovatif seumpama ini dapat terus dihasilkan oleh para akademia dan staf di PSIS selaras dengan tema Hari Akademia Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 'Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya'.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat:
Kumpulan L.A.N.G PSIS