Majlis Perhimpunan Staf PSIS Bil 4/2021

Tarikh : 29/9/2021 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Dalam talian Cisco Webex

Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Staf PSIS Bil 4/2021 dalam talian dengan kehadiran Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Seksyen, Ketua-Ketua Unit dan Ahli Pengurusan secara dalam talian menggunakan platform Cisco Webex. Majlis telah dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PSIS selaku tuan rumah dengan kerjasama STMM PSIS. Majlis Perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis, Nyanyian Lagu Negaraku dan Politeknik Malaysia, Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam dan Rukun Negara, bacaan doa, tayangan montaj JPH, perutusan dan amanat Tuan Pengarah PSIS, tayangan rangkuman aktiviti PSIS sepanjang Ogos dan September 2021, tayangan klip MTS 2021 sesi 1 2021/2022, tayangan Pelantikan Baru Pengurusan PSIS, tayangan Pemangkuan Kenaikan Gred DH54/52, tayangan penganugerahan penerima Anugerah Pekerja Contoh sukuan 3/2021 dan tayangan pergerakan staf PSIS. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan pengumuman oleh pengerusi majlis.

#PSISdesigningYourFuture