PENCAPAIAN KPI 22 JPPKK TAHUN 2021 - PRODUK INOVASI YANG DIAPLIKASIKAN DI ORGANISASI LUAR (MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM)

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada kumpulan inovasi dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik Sultan Idris Shah yang telah menghasilkan satu produk inovasi bertajuk 360 VIRTUAL TOURISM IN SABAK BERNAM dengan nombor pendaftaran Hak Cipta LY2021W03046. Inovasi yang dihasilkan oleh para pelajar program Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) dengan bimbingan para pensyarah penyelia ini telah berjaya diserahkan kepada En. Azman Bin Dahlan selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) di dalam satu majlis ringkas yang telah diadakan pada 27 September 2021 bertempat di Pejabat Majlis Daerah Sabak Bernam.

Turut hadir bersama adalah En. Mohammad Faizal Bin Nawani, Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat MDSB, Pn. Lidyawati Binti Haris, Ketua Program Diploma Pengurusan Pelancongan dan Pn. Noorazyla Binti Mohd Nasri, Pensyarah Diploma Pengurusan Pelancongan, Politeknik Sultan Idris Shah.

Senarai Ahli Kumpulan Inovasi
Rujuk Lampiran (Gambar)

Maklumat Berkaitan Produk Inovasi
360 VIRTUAL TOURISM IN SABAK BERNAM merupakan satu kompilasi video 360 virtual tour yang mempromosikan 13 tempat menarik di sekitar Daerah Sabak Bernam iaitu:
1. Muzium Pertanian & Perikanan Sabak Bernam
2. Ladang Madu Kelulut
3. Kilang Beras Sekinchan
4. Balai Cerap Selangor
5. Dorani Bayu Resort
6. Homestay Sungai Haji Dorani
7. Ah Ma House
8. Kampung Nelayan, Sungai Besar
9. Masjid Mahmuriah
10. Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)
11. Restoran Lembah Bernam
12. Night Market, Sabak Bernam
13. Tokong Thien Hock Kong

Semoga dengan penyerahan produk inovasi ini dapat membantu mempromosikan lagi destinasi pelancongan menarik di sekitar Daerah Sabak Bernam.

Disediakan Oleh:
Ts. Nurul Zakiah Binti Kasnun
Pegawai Pengurusan Inovasi
Seksyen Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan
Politeknik Sultan Idris Shah

#PSISdesigningYourFuture