Lawatan Penandaarasan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
27 September 2021

Telah berlangsung Lawatan Penandaarasan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke kampus Politeknik Sultan Idris Shah. Delegasi PSA diketuai oleh tuan Pengarah- Dr. Hj. Mohd Zahari bin Ismail, TPA PSA - Ts. Roseman bin Mat Jidin dan disertai 10 orang pegawai kanan PSA. delegasi PSA telah disambut oleh tuan Pengarah PSIS En. Ishanuddin bin Hussin, TPA PSIS, TPSA PSIS, mantan TPA PSIS, mantan TPSA PSIS dan pegawai kanan PSIS selaku JK Pelaksana program Lawatan. Delegasi PSA diraikan dalam majlis bertempat di Bilik Seri Tanjung dengan dimulai dengan Tayangan Video Keselamatan BST, aluan pengerusi majlis oleh En. Rizal Abd Rahim, bacaan doa, sesi tayangan video Pengenalan PSIS, tayangan video Pencapaian PSIS, ucapan aluan Pengarah PSIS, ucapan aluan Pengarah PSA, pembentangan Hybrid Environmental Brick (HEB) oleh Ts Anuar Abdul Wahab dan En. Hafizulhadi Rahim, dan sesi penyampaian cenderamata. Program diteruskan dengan sesi lawatan ke Galeri DSB, Seksyen COT, CWASCO, SPU PSIS dan diakhiri dengan sesi jamuan tengahari.

#PSISdesigningYourFuture