Hari Keempat Minggu Transformasi Siswa PSIS Sesi 1 2021/2022
24 September 2021

Telah berlangsung hari Keempat Minggu Transformasi Siswa PSIS Sesi 1 2021/2022 anjuran PSIS yang telah dijalankan secara atas talian melalui platform WEBEX. Slot pertama pada hari keempat MTS Sesi 1 2021/2022 adalah Taklimat UPPsiK yang disampaikan oleh Pn. Harmiza Binti Mat Hona. Info berkaitan perkhidmatan unit pengurusan psikologi diterangkan kepada pelajar iaitu kesihatan mental, kerohanian, psikososial, kesihatan fizikal dan sebagainya. Taklimat ini diteruskan oleh Pn. Norlina Binti Alfan dengan Ujian Inventori Personaliti Warna IPW selama 25 minit dan diakhiri dengan sesi soal jawab. Seterusnya, Taklimat Ko-Kurikulum Berkredit & Angkatan Pertahanan Awam oleh En Mohammed Ilias Bin Harun Habib Amad Patel yang dimulakan dengan sesi pengenalan, lokasi, pengurusan, fungsi UKKB dan diakhiri dengan sesi soal jawab. Seterusnya, telah diadakan Taklimat Koperasi PSIS secara ringkas. Kemudian, Slot Taklimat Sistem dan Kaedah Penilaian Peperiksaan Politeknik yang disampaikan oleh Pn .Rohaya dengan sesi pengenalan unit, pendaftaran kursus dan juga CTCE, peraturan peperiksaa, bentuk penilaian peperiksaan, kaedah penilaian, sistem gred, penerangan keputusan & rayuan dan penganugerahan dan taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab. Slot terakhir untuk hari keempat adalah Slot bersama Rakan Pusat Islam yang dikelolakan oleh Norsoleha & Nurul Aisyah. Slot dimulakan oleh Ustaz Mohd Tobroni Bin Sahlan dengan mempekenalkan ahli jawatankuasa RPI. Seterusnya, disambung oleh Nur Zuhaili Bin Samsul dan Muhammad Aidil Idhamdin Bin Nizaruddin dengan memperkenalkan penasihat Rakan Pusat Islam dah ahlinya dan menyatakan program-program yang pernah RPI adakan. Slot diakhiri dengan tayangan video iaitu video koperat RPI dan video aktiviti RPI.

#PSISdesigningYourFuture