Majlis Penutup Minggu Transformasi Siswa Sesi 1 2021/2022
23 September 2021

Majlis Penutup Minggu Transformasi Siswa Sesi 1 2021/2022 telah bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Pengacara Majlis bagi majlis ini ialah saudari Siti Nor Aizah Binti Nor Azizan dan saudari Nur Ain Nadhirah Binti Mohamed Mustapha Kamal. Majlis telah bermula dengan nyanyian Lagu Negaraku, bacaan doa daripada saudara Muhammad Nur Luqman Bin Md Nazaruddin, diikuti dengan Bacaan Ikrar & Pengakuan oleh Muhamad Alif Nazmi Bin Azamzuri. Selepas itu, tayangan video montaj sepanjang Minggu Transformasi Siswa, ucapan daripada Penghulu - Muhammad Afiq bin Mohd Azhari, ucapan Komandan iaitu Muhammad Aiman Bin Tawakkal dan ucapan Pengarah Program MTS oleh En Muhamad Anuar Bin Marsib - Pegawai Hal Ehwal Pelajar. Slot seterusnya adalah Slot Santai bersama Pengarah PSIS iaitu Encik Ishanuddin Bin Hussin yang dihoskan oleh Penolong Komandan, Farah Qistina Binti Azman. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.

#PSISdesigningYourFuture