Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Tarikh : 22/8/2021 (Rabu)
Masa : 1.30 petang
Lokasi : Bilik Seri Tanjung & Dalam talian Ms Teams

Telah berlangsung Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih secara dalam talian dan besemuka di Bilik Seri Tanjung dengan kehadiran Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, mantan Timbalan Pengarah Akademik, mantan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, mantan Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Seksyen, Ketua-Ketua Unit dan Ahli Pengurusan secara dalam talian menggunakan platform Ms Teams. Majlis ringkas ini diadakan untuk meraikan pegawai-pegawai berjaya kenaikan pemangkuan gred DH52 dan DH54 serta meraikan Tn. Hj Zulkifli bin Mat Nasir (mantan TPSA PSIS) yang akan berpindah ke POLISAS. Majlis dimulai dengan ucapan aluan tuan Pengarah PSIS, sesi penyerahan cenderahati, sesi pemotongan kek penghargaan dan diakhiri dengan sesi fotografi sebagai tanda kenangan.

#PSISdesigningYourFuture