MAJLIS E-WATIKAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ( MPP ) POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SESI 2021 / 2022
21 SEPTEMBER 2021 ( RABU )

Telah berlangsungnya Majlis e-Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajara (MPP) Politeknik Sultan Idris Shah bagi tahun 2021/2022. Majlis telah dikelolakan oleh Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar (JPPel) PSIS. Seramai 27 orang mahasiswa PSIS telah terpilih sebagai MPP PSIS untuk sesi 2021/2022. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil daripada pihak MPP PSIS. Saudari Farah Qistina Azmi telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar PSIS untuk tahun 2021/2021 dan beliau kemudiannnya telah memperkenalkan barisan EXCO yang akan menjalankan tugas pada sesi ini. Tuan Pengarah PSIS, En. Ishanuddin bin Hussin telah menyampaikan ucapan tahniah kepada barisan MPP PSIS baru yang telah terpilih. Beliau memberi pesanan kepada barisan MPP PSIS supaya menjalankan tugas dengan penuh semangat dan menjaga amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas MPP. Majlis telah diakhiri dengan sesi bergambar.

#PsisdesigningYourFuture