Hari Kedua Minggu Transformasi Siswa PSIS Sesi 1 2021/2022
21 September 2021

Telah berlangsung hari kedua Minggu Transformasi Siswa PSIS Sesi 1 2021/2022 anjuran PSIS yang telah dijalankan secara atas talian melalui platform WEBEX. Program yang dijalankan ialah Slot Pengenalan Sistem-Sistem Pelajar di PSIS bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi yang dihoskan oleh Saudari Nur Amalin. Taklimat mengenai sistem-sistem pelajar di PSIS tersebut disampaikan oleh Pn. Rajipah Binti Ibrahim. Slot taklimat diteruskan sesi Slot Bersama AADK yang disampaikan oleh En.Mohd Noor Akmal dan Pn. Nurul Aini daripada AADK Sabak Bernam. Kemudian, slot ketiga pada jam 2 petang, disampaikan olehKetua Unit Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar (JPPPel), En. Muhamad Anuar Bin Marsib dengan memperkenalkan ahli jawatankuasa Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar (JPPPel) seterusnya menerangkan tentang kebajikan pelajar, biasiswa dan peraturan yang perlu untuk pelajar Semester 1 patuhi. Selepas itu, diikuti slot keempat pada jam 3.00 petang, iaitu Slot Motivasi Pelajar yang dihoskan oleh Mohd Aiman Bin Tawakkal. Slot Motivasi Pelajar tersebut disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Datuk Hj Ruslin Bin Abdul Karim - CEO MyLand Training & Services. Pada slot terakhir dimulakan oleh En.Mohd Ruslan Bin Salikin, menerangkan tentang pengurusan kolej kediaman PSIS pada pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam. Beliau menerangkan tentang infrastruktur dan kemudahan yang terdapat di kolej kediaman PSIS. Selain itu, beliau juga menerangkan tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar. Seterusnya slot diteruskan oleh En. Ramu A/L Velusamy menerangkan tentang perkara yang melayakkan pelajar untuk memasuki kampus.

#PSISdesigningYourFuture