Hari Pertama Minggu Transformasi Siswa PSIS Sesi 1 2021/2022
20 September 2021

Telah berlangsung hari pertama Minggu Transformasi Siswa PSIS Sesi 1 2021/2022 anjuran PSIS yang telah dijalankan secara atas talian melalui platform WEBEX bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 4.00 petang. Program MTS dimulai dengan sesi Pengenalan Fasilitator yang diketuai oleh Komandon dan Penolong Komandan iaitu Mohd Aiman Bin Tawakkal dan Farah Qistina Binti Azman. Sesi pagi telah berakhir pada pukul 11.00 pagi dan kemudian sesi petang telah bermula pada pukul 2.30 petang iaitu sesi Taklimat bersama IbuBapa. Sesi petang dimulai dengan nyanyian Lagu Negaraku, bacaan doa oleh saudara Mohamad Aidil Idhamdin Bin Mohd Nizaruddin. tayangan Video Korporat PSIS, pembentangan Ketua Jabatan Pengurusan & Pembangunan Pelajar iaitu Tn. Hj Che Samsuriza Che Noh, ucapan aluan Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah - Encik Ishanuddin Bin Hussin dan diakhiri dengan Sesi Soal Jawab.

#PSISdesigningYourFuture