MESYUARAT PENUTUP AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015

20 SEPTEMBER 2021 ( ISNIN )

Telah berlangsungnya Mesyuarat Penutup Audit Dalaman ISO 9001 : 2015. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Agenda utama mesyuarat adalah untuk mendengar pembentangan laporan dapatan audit daripada Ketua Juru Audit untuk memastikan Perkhidmatan mematuhi standard ISO 9001:2015. Mesyuarat telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Seksyen, Ketua Unit, dan Ketua Pasukan Audit. Seramai 56 orang juruaudit telah terlibat dalam sesi audit pada tahun dan diketuai oleh Puan Tuan Noor Rafidah Tuan Hassan. Tuan Pengarah telah memberi ulasan terhadap laporan yang telah dibentangkan. Beliau berpuas hati dengan pembentangan dari pihak audit dan berharap pihak pihak yang terlibat mengambil berat terhadap keputusan laporan dan dapat melakukan penambahbaikan kepada isu isu yang berbangkit. Mesyuarat telah berakhir sekitar jam 12.30 Tengahari.

#PSISdesigningYourFuture