Bengkel Fasilitator Minggu Transformasi Siswa (MTS) PSIS Sesi 1 2021/2022
18 September 2021

Telah selesai Bengkel Fasilitator Minggu Transformasi Siswa (MTS) PSIS Sesi 1 2021/2022 pada 17 hingga 18 September 2021 kendalian Jabatan Pengurusan Dan Pembangunan Pelajar (JPPPel) yang telah dijalankan secara dalam talian melalui platform MS Team. Bengkel ini dikendalikan oleh pengarah program MTS PSIS iaitu Encik Muhamad Anuar Bin Marsib, dibantu oleh Puan Noraisah Binti Ismail, Puan Noor Aishah Binti Zainiar, dan Ustaz Muhammad Shibli Bin Johari.

Seramai 42 orang fasilitator pelajar yang akan terlibat sepanjang berlangsungnya MTS pada kali ini yang diketuai oleh Komandan iaitu Mohd Aiman Bin Tawakkal dan dibantu oleh Penolong Komandan, Farah Qistina Binti Azman. Doakan semoga MTS PSIS Sesi 1 2021/2022 dengan Tema : Pasti Menang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

#PSISdesigningYourFuture