PERKONGSIAN PINTAR SISTEM PENGURUSAN KEHADIRAN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Tarikh: 13 September 2021 (Isnin)
Masa: 10.00 - 12 Tengahari
Platform: Cisco Webex

Telah berlangsung Program Perkongsian Pintar Sistem Pengurusan Kehadiran Politeknik Sultan Idris Shah (TimePSIS©) anjuran Jawatankuasa Kumpulan Inovatif dan Kreatif Politeknik Sultan Idris Shah pada 13 September 2021 secara dalam talian di platform Cisco Webex. Program yang diadakan secara terbuka ini telah dihadiri oleh hampir 200 orang peserta dari lebih 50 buah institusi politeknik, kolej komuniti, IPTA, agensi kerajaan dan negeri serta beberapa buah syarikat swasta. Secara keseluruhannya, sesi perkongsian ini mendapat maklum balas yang amat baik dan positif dari para peserta.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program julung kali diadakan ini. Semoga inovasi TimePSIS© dapat diperluaskan lagi penggunaannya pada masa akan datang.

#PsisdesigningYourFuture