Pemakluman Program Polytechnic & Community College Youth Skill Enhancement Programme 2021


Sukacitanya dimaklumkan Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah kelolaan Politeknik Sultan Idris Shah sedang menganjurkan Program Polytechnic and Community College Youth Skill Enhancement 2021 bermula pada hari ini 7 September 2021 sehingga 9 September 2021. Program ini dilaksanakan secara atas talian dengan penyertaan peserta Program yang terdiri daripada semua Yang Dipertua daripada Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik dan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti bagi Sesi 2021/2022.


Objektif Program ini dilaksanakan adalah untuk membentuk profesionalisme kepimpinan dalam kalangan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP) Politeknik dan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (YDP JPP) Kolej Komuniti sebagai duta Politeknik dan Kolej Komuniti.


Selamat berkursus diucapkan kepada semua Jawatankuasa dan peserta Program. Semoga Program ini dapat berlangsung dengan lancar.


#PSISDesigningYourFuture