PROGRAM PENGGUNA NORMA BAHARU : CAKNA DAN SIHAT 2021
- Details
- Hits: 183
Program Pengguna Norma Baharu : Cakna dan Sihat 2021
Rabu, 01 September 2021
Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Politeknik Sultan Idris Shah dengan Kerjasama Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Idris Shah dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHNEP) Negeri Selangor telah menganjurkan satu Program Pengguna Norma Baharu : Cakna dan Sihat 2021 bermula 01 Ogos 2021 sehingga 31 Ogos 2021. Majlis Perasmian Penutup Program Pengguna Norma Baharu : Cakna dan Sihat 2021 yang diadakan pada 01 September 2021 pada pukul 3.00 petang secara atas talian melalui CISCO Webex telah dirasmikan oleh Tuan Muhammad Zikril Azan Bin Abdullah, Pengarah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHNEP) Negeri Selangor dan Kata Aluan yang telah disampaikan oleh Dr Mazura Binti Mansor, Timbalan Pengarah Aakdemik, Politeknik Sultan Idris Shah.
Program ini merangkumi tiga (3) aktiviti, iaitu Siri Webinar terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kategori Kepenggunaan dan Kategori Kemahiran Insaniah, GPS Selangor Virtual Run 2021 dan Majlis Perasmian Penutup pada 01 September 2021. Objektif program adalah untuk membentuk pelajar dan staf PSIS cakna isu kepenggunaan semasa, membentuk generasi pengguna baru yang bijak, rasional, bertanggungjawab dan mahir dalam membuat keputusan kepenggunaan, membudayakan gaya hidup sihat dan aktif mengikut norma baharu dan mengeratkan hubungan diantara KPDHNEP Negeri Selangor dan Politeknik khususnya Kelab Gerakan Pengguna Siswa.
Melalui program PENGGUNA NORMA BAHARU : CAKNA DAN SIHAT 2021 ini, sebanyak 5 siri webinar telah berlangsung bermula 04 Ogos 2021 sehingga 26 Ogos 2021. Tiga (3) siri webinar tersebut, telah disampaikan oleh tiga (3) penceramah yang berpengalaman dari pihak KPDHNEP Negeri Selangor dan dua (2) siri webinar lagi, adalah dari penceramah luar dan dalam PSIS khususnya. Manakala GPS Selangor Virtual Run 2021 yang bermula pada 01 Ogos 2021 sehingga 28 Ogos 2021 dimana jumlah penyertaan adalah seramai 214 penyertaan secara keseluruhannya.
Secara keseluruhannya program ini berjaya dilaksanakan dalam norma baharu. NORMA BAHARU JADIKAN BUDAYA…PENGGUNA HEBAT, PENGGUNA BIJAK.
#PSISdesigningYourFuture