SHAH ALAM, 24 Ogos 2021 - Seramai 12 orang anggota Askar Wataniah daripada Politeknik Sultan Idris Shah  (PSIS) telah melapor diri untuk  Latihan Kerahan Untuk Berkhidmat (LKUB) sejurus menamatkan Latihan Industri Sesi Disember 2020 bagi dimobilisasikan dalam Ops Penawar di sekitar negeri Selangor untuk mengekang dan memerangi pandemik Covid-19. Penugasan anggota sukarela pada Fasa 14 Ops Penawar kini lebih bertumpu kepada membantu menguatkuasakan pematuhan SOP dan kawalan orang ramai di Pusat-Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disamping tugas membantu pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) semasa Sekatan Jalan Raya (SJR), pentadbiran operasi di markas dan lain-lain tugas yang diperlukan. LKUB sebegini memberi peluang kepada anggota Askar Wataniah kepada penugasan berbentuk Operasi Ketenteraan Selain Daripada Peperangan ataupun Military Operations Other Than War (MOOTW). Berdasarkan maklumat yang diperolehi, anggota Askar Wataniah daripada PSIS telah menunjukkan semangat, komitmen dan kerjasama yang amat baik ketika beroperasi bersama anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM), (PDRM) dan lain-lain agensi kerajaan selaras dengan motto pasukan ‘Berkhidmat Untuk Negara’. Kesihatan dan kebajikan anggota sentiasa diberikan perhatian oleh Angkatan Tentera Malaysia. Sehingga kini, terdapat beberapa anggota yang telah menjalani kuarantin namun telah disahkan negatif Covid-19.

SENARAI NAMA ANGGOTA ASKAR WATANIAH PSIS TERLIBAT PENUGASAN OPS PENAWAR FASA 14, 2021

PPV IDCC

  1. 6279600 Pbt Nabilla Syazwani Kamarudin - 17DHF18F1023

 

PPV HWA

  1. 6279586 Pbt Nur Nasuha Binti Noor Nasruddin - 17DSK18F1013

 

PPV SPACE U8

  1. 6279601 Pbt Nur Syahindah Binti Azman - 17DUP18F1035
  1. 6279558 Pbt Muhammad Hamizan Bin Shaifuddin - 17DIB18F1002
  1. 6279567 Pbt Muhammad Shakirin Bin Saiful Bahari - 17DTK18F1041

 

PPV SUNWAY

  1. 6279593 Pbt Nur Anis Fatihah Binti Mohd Zarim - 17DAS18F1058
  1. 6279597 Pbt Siti Nor Izzah Binti Mohd Selamat - 17DAS18F1019
  1. 6279590 Pbt Siti Nursafurah Binti Jaafar - 17DIB18F1009
  1. 6279588 Pbt Aiyani Nursyazwani Bt Shahidin - 17DIB18F1070

 

MARKAS 11 BRIGED

  1. 6279587 Pbt Nur Farhanah binti Ahmad Nizam - 17DSK18F1011

 

PPV DEWAN SIVIK MBPJ

  1. 6279697 Pbt Nahdatul Maeisha Binti Durajak -  17DIB18F1042

 

SJR SABAK BERNAM

  1. 6279561 Pbt Nor Irfan Syamil Bin Nor Azmi - 17DKA18F1058

 

JUMLAH KEKUATAN:-

Pranita: 9

Lelaki: 3