Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Sultan Idris Shah Bil.2/2021

Tarikh : 25/8/2021 (Rabu)
Lokasi : Bilik Seri Tanjung (bersemuka) & Webex (atas talian)

Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Sultan Idris Shah Bil.2/2021 yang diadakan secara bersemuka dan atas talian di platform Webex. Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato' Dr. Rozali bin Ismail - Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Bhd selaku Pengerusi JK Penasihat Industri PSIS dengan kehadiran ahli JK Penasihat Industri dan pihak pengurusan PSIS secara bersemuka dan atas talian. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan moderator majlis oleh LAr. Dr. Zanariah binti Kassim, bacaan doa oleh Tn.Hj Mohd Farid bin Dawam, ucapan aluan oleh Pengerusi JK Penasihat Industri PSIS, ucapan aluan oleh tuan Pengarah PSIS - En Ishanuddin bin Hussin selaku tuan rumah mesyuarat, pengesahan minit mesyuarat, maklumbalas minit mesyuarat, perbincangan agenda mesyuarat penasihat industri dan hal-hal berbangkit. Beberapa isu dan usul juga telah dibincangkan semasa mesyuarat dalam meningkatkan kerjasama pintar antara PSIS dan pihak industri. Antara usul adalah watikah pelantikan 3 panel penasihat industri sebagai CEO@polycc iaitu (i) Y.Bhg Tan Sri Dato' Dr. Rozali, (ii) Datuk Hj Ruslin, dan (iii) Datuk Dr Ts Sivakumar, perancangan aktiviti bersama panel penasihat industri melalui slot perkongsian ilmu secara atas talian melibatkan semua panel industri iaitu siri Webinar 2.0, cadangan pelaksanaan peningkatan kursus kemahiran pelajar PSIS, cadangan pelaksanaan latihan industri untuk pelajar dan staf PSIS, usul Penjenamaan Perpustakaan PSIS kepada nama baharu iaitu Perpustakaan Tan Sri Rozali Ismail, dan hal-hal lain. Sidang mesyuarat ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

#PSISdesigningYourFuture