VIRTUAL DISCOVERY EXPEDITION 2021
05 & 06hb Ogos 2021

Telah berlangsung program Virtual Discovery Expedition 2021: Virtual Time Travel to 1940s of Kuala Lumpur, Virtual Discovery Melaka UNESCO Sites dan Virtual Tour To Bukittinggi, Indonesia yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PSIS melalui unit Pengurusan Pelancongan. Lawatan akademik secara maya ini menggunakan aplikasi ZOOM sebagai medium penyampaian oleh pemandu pelancong kepada para peserta lawatan.

Bagi sesi ekspedisi di Kuala Lumpur, En. Tajuddin Idrus selaku pemandu pelancong telah membawa para peserta mengimbau kembali sejarah tentang pembangunan Kuala Lumpur. Manakala di Melaka pula, Tn Hj Shaukani Abbas selaku pemandu pelancong telah membawa para peserta mengembara secara langsung di Bandar Melaka dan menceritakan tentang bangunan bersejarah yang ada antaranya St John Fort, Porta De Santiago, The Stadhuys, Queen Victoria's Fountain dan Jam Besar. Dan pada hari terakhir ekspedisi ke Bukit Tinggi Indonesia, pemandu pelancong adalah Encik Ahmad Subari (Penggiat wisata Sumatera Barat), Roby Sugara (Penggiat wisata Sumatera Barat), Yovaldri Riki (Founder Vitro), Bodal Nofrizal (Ahli Geologi Geopark Minang) dan Muhammad Dahri (Ahli Sejarah dan Adat Minang) yang telah membawa para peserta bersiar-siar secara virtual mendekati jejak sejarah alam dan budaya Minang.

Sesi lawatan ini telah disertai seramai 64 orang peserta yang terdiri daripada pelajar DUP2A dan DUP4A, Timbalan Pengarah Akademik - Dr Mazura Binti Mansor, Ketua Jabatan JPH - En. Mohd Amin Bin Zakaria, serta Ketua-ketua Jabatan lain yang turut serta memeriahkan sesi lawatan maya ini. Virtual Discovery Expedition 2021 ini merupakan satu kursus amali kepada pelajar DUP4A sebagai pendedahan awal bagi memenuhi keperluan kursus DTM40144 - Tourism Expedition di bawah seliaan Pn. Nurul Asyikin binti Azemey selaku pensyarah kursus.

#PSISdesigningYourFuture