Majlis Perhimpunan Staf PSIS Bil 3/2021

Tarikh : 30/7/2021 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Dalam talian Cisco Webex

Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Staf PSIS Bil 3/2021 dalam talian dengan kehadiran Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Seksyen, Ketua-Ketua Unit dan Ahli Pengurusan secara dalam talian menggunakan platform Cisco Webex. Majlis telah dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam PSIS selaku tuan rumah dengan kerjasama STMM PSIS. Majlis Perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis, Bacaan Doa, Ikrar Perkhidmatan Awam dan Rukun Negara, sesi Ceramah bertajuk Etika dan Tanggungjawab Penjawat Awam di Musim Pandemik oleh Dr.Zainal Abidin bin Hj Kusmin - Pendakwa Syariah Kanan, JPSWP, tayangan rangkuman aktiviti PSIS April - Jun 2021, perutusan dan amanat Tuan Pengarah PSIS, tayangan penganugerahan penerima Anugerah Tokoh Bahasa Melayu sektor teknikal KPT, tayangan penganugerahan penerima Anugerah Pekerja Contoh sukuan 2/2021, tayangan penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020, dan tayangan pergerakan staf PSIS. Majlis diakhiri dengan sisi fotografi dan pengumuman oleh pengerusi majlis.

#PSISdesigningYourFuture