Program Ibadah Qurban Dan Aqiqah PSIS 2021/1442H
21-22 Julai 2021

Telah berlangsung Program Ibadah Qurban Dan Aqiqah PSIS 2021/1442H anjuran bersama Pusat Islam & Kelab Kebajikan Dan Rekreasi PSIS yang telah dijalankan pada 21-22 Julai 2021.


Sembelihan Aqiqah 2 ekor kambing telah dilaksanakan pada 21 Julai 2021, manakala
Sembelihan Korban 1 ekor lembu Dan 1 ekor kambing telah di laksanakan pada 22 Julai 2021. Aktiviti Korban Dan Aqiqah ini telah dilaksanakan di Pusat Sembelihan Sungai Apong mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Penyerahan Makanan Aqiqah Dan daging korban kepada warga PSIS yang bertugas pada Hari tersebut telah dilaksanakan di Pusat Islam PSIS oleh tuan Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah, Encik Ishanuddin Bin Hussein.

TAHNIAH Dan Terima kasih diucapkan kepada semua AJK Dan peserta yang terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti korban Dan Aqiqah PSIS pada kali ini.
Semoga ikatan Ukhuah diantara kita terus berpanjangan Dan menjadikan bumi bertuah PSIS terus Aman Dan Sejahtera.

#PSISdesigningYourFuture