PEMOTONGAN GELANG DAN PEMBERIAN VAKSIN WARGA PSIS DALAM KAMPUS
13 Julai 2021

Telah berlangsung Program Pemotongan Gelang dan Pemberian Vaksin kepada Warga PSIS dalam kampus seliaan Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam pada 12 Julai 2021 bertempat di Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah. Program ini diadakan pada sebelah pagi sehingga tengahari yang melibatkan semua penghuni kuarters PSIS dan penghuni felo KAMSIS PSIS yang telah membuat ujian saringan pada 8 Julai 2021. Turut hadir menyertai dan menyelia program adalah Tuan Pengarah PSIS - En. Ishanuddin bin Hussin, TPA PSIS - Dr. Mazura binti Mansor, dan TPSA PSIS - Tn.Hj. Zulkifli bin Mat Nasir. Program ini turut serta dengan pemberian vaksin kepada warga PSIS yang berada di luar kampus dalam usaha membentuk imuniti kelompok dikalangan warga kerja Politeknik Sultan Idris Shah.

#PSISdesigningYourFuture