Program Saringan Bersasar Jabatan Kerajaan seliaan PKD Sabak Bernam
9 Julai 2021

Telah berlangsung Program Saringan Bersasar Jabatan Kerajaan seliaan Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam pada 8 Julai 2021 bertempat di Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah. Program ini diadakan pada sebelah pagi sehingga tengahari yang melibatkan semua penghuni kuarters PSIS, penghuni felo KAMSIS PSIS dan pekerja kontrak yang bertugas di PSIS. Turut hadir menyertai sesi saringan adalah Tuan Pengarah PSIS - En. Ishanuddin bin Hussin, TPA PSIS - Dr. Mazura binti Mansor dan keluarga, dan TPSA PSIS - Tn.Hj. Zulkifli bin Mat Nasir dan keluarga. Program ini telah diadakan dengan kerjasama pihak Pejabat Kesihatan Daerah bertujuan untuk menyaring secara bersasar penghuni yang berada dalam kawasan Poliiteknik Sultan Idris Shah.

#PSISdesigningYourFuture