Majlis Apresiasi Anugerah Ketua Jabatan JPH
4 Julai 2021

Telah berlangsung Majlis Apresiasi Anugerah Ketua Jabatan bagi Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH PSIS) pada 2 Julai 2021 anjuran Kelab Pelajar JPH secara dalam talian di platform Ms Teams. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj Mohd Amin bin Zakaria selaku Ketua Jabatan JPH dan telah disertai dan dihadiri oleh seramai 331 orang yang terdiri daripada pelajar penerima AKJ, para pensyarah, pelajar semester 1 JPH dan urusetia majlis. Majlis telah diadakan bertujuan untuk meraikan seramai 401 orang penerima AKJ bagi Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti sesi Jun 2020. Majlis ini diharap dapat memberi semangat kepada seluruh pelajar JPH dalam menjalani sesi pengajian masing-masing di Politeknik Sultan Idris Shah.

#PSISdesigningYourFuture