MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BIL 6/2021
- Details
- Hits: 308
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bil 6/2021
Tarikh : 23/6/2021 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi
Lokasi : Secara dalam talian di platform Ms Teams
Telah berlangsung Mesyuarat JK Pengurusan Bil6/2021 secara dalam talian di platform Ms Teams dengan kehadiran Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Seksyen, Ketua-Ketua Unit dan Ahli Pengurusan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah PSIS - En. Ishanuddin bin Hussin dengan agenda mesyuarat merupakan kata-kata aluan oleh Pengerusi, menyemak minit mesyuarat yang terdahulu, menyemak maklumbalas, pembentangan kewangan oleh PAK PSIS, pembentangan Pengurusan Akademik PSIS oleh Puan TPA - Dr. Mazura binti Mansur, taklimat ringkas oleh TPSA mengenai pengurusan aset dan kewangan dan perbincangan hal-hal berbangkit. Tuan Pengerusi juga menyampaikan beberapa amanat mengenai pengurusan PSIS semasa musim PKP 3.0 sebagai persediaan dan makluman kepada seluruh ahli AMP PSIS. Sidang mesyuarat ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
#PSISdesigningYourFuture