Bengkel Digital Innovation: "Harvesting The Technological Idea"

10 Jun 2021 - Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) PSIS telah menganjurkan Bengkel Digital Innovation: "Harvesting The Technological Idea". Panel Industri untuk bengkel ini merupakan alumni JTMK PSIS iaitu En. Michael Lim dan En. Syahrol Ikhwan Bin Mohd Fadzil. Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini turut mempertandingkan Projek Akhir pelajar. Sebanyak 22 projek akhir telah dipertandingkan. Pemenang Projek Terbaik & tempat pertama bagi trek Pembangunan Aplikasi & Perisian dimenangi oleh kumpulan AR Learning Book yang dianggotai oleh Muhammad Syakir Bin Roslan, Abdul Hadi Bin Mohd Ayob dan Muhammad Erfeezal Bin Roslan di bawah seliaan En. Ahmad Zafir Bin Latib. Sementara bagi trek Sistem Rangkaian dimenangi oleh kumpulan E- Triplet Smart Sendor yang dianggotai oleh Muhammad Faris Bin K.H Halid, Mohammad Norzamzam Bin Nasir & Mohammad Khiarul Syafiq Bin Suhaimi Kamarul di bawah seliaan Puan Sharizan Binti Mat Saat. Tahniah kepada semua pemenang.
#PSISdesigningYourFuture