DHF E-SYMPOSIUM
- Details
- Hits: 214
DHF e-Symposium
2hb Jun 2021
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PSIS melalui unit Pengurusan Pelancongan telah menganjurkan Tourism Eternity Event di dalam segmen DHF e-Symposium. E-simposium ini di anjurkan bsgi membuat penilaian projek akhir pelajar semester 5 bagi kursus DTH6034 - Project. Sesi e-simposium ini telah menjemput dan melibatkan 3 orang panel penilai dalaman dan 8 orang panel penilai luar. Panel dalaman adalah Dr. Mazlina Binti Jamaludin, Dr. Mohd Kazar Bin Razali dan Dr. Khairul Jannah Binti Samsudin. Manakala panel luar adalah Dr. Norhaya Hanum binti Mohamad (UiTM), Pn. Nurul Falah Binti Hashim (UiTM), Dr. Mohd Noor Azmin Bin Akbarruddin (UiTM), En. Adie Effendi Bin Zulkeflli (UNISHAMS), En. Muhamad Syahir Bin Muhamad Stamam (HELP University), Dr. Nurul Azhani Mohd Azmin (PIS) Dan Juga Dr Intan Shafina Suid (PTSS). E-simposium ini telah disertai oleh 79 peserta dari kelas DHF5A dan DHF5B yang membuat pembentangan projek akhir, pelajar-pelajar JPH dan pensyarah JPH, PSIS. Sesi pembentangan e-simposium ini bermula dengan tayangan video pembentangan dan juga sesi soal jawab oleh para panel penilai. E-simposium ini merupakan salah satu tugasan amali dan diuruskan oleh pelajar DUP 4A bagi memenuhi keperluan kursus DTM40134 - Event Management & Operation di bawah seliaan Pn.Nurul Natasha binti Norzan dan Pn. Siti Nor Aznida binti Ariff selaku pensyarah kursus.