DUP e-Symposium
01hb Jun 2021

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PSIS melalui unit Pengurusan Pelancongan telah menganjurkan Tourism Eternity Event di dalam segmen DUP e-Symposium. E-simposium ini bertajuk Animation Handicraft Malaysia yang merupakan salah satu penilaian projek akhir pelajar semester 5 bagi kursus DTM6024 - Tourism Project. Sesi e-simposium ini telah menjemput dan melibatkan 2 orang panel penilai luar iaitu En. Syed Mohd Daniel bin Sayd Mohd Dasuki - Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi; dan juga Encik Yusrizal Ashraf bin Mohd Yunus - Pegawai Teknologi Maklumat dari Kraftangan Malaysia. E-simposium ini telah disertai oleh 34 peserta DUP5A yang membuat pembentangan projek akhir, pelajar-pelajar JPH dan pensyarah JPH, PSIS. Sesi pembentangan e-simposium ini bermula dengan pembentangan poster, tayangan video animasi mengikut tema kraftangan setiap kumpulan seperti batik, songket, labu sayong, kraf kayu, tekat, manik dan sebagainya. E-simposium ini merupakan salah satu tugasan amali dan diuruskan oleh pelajar DUP 4A bagi memenuhi keperluan kursus DTM40134 - Event Management & Operation di bawah seliaan Pn.Nurul Natasha binti Norzan dan Pn. Siti Nor Aznida binti Ariff selaku pensyarah kursus.

#PSISdesigningYourFuture