27 Mei 2021

e-STEM Challenge 2021

Jabatan Matematik Sains & Komputer, PSIS telah menganjurkan satu program e-STEM Challenge 2021 secara atas talian dengan tujuan untuk menarik minat pelajar mendalami ilmu Matematik dan Sains. Program ini merangkumi 3 pertandingan iaitu:

1. e-Math Video Competition
2. e-Math Mind Map Competition, dan
3. e-Science Mini Project Competition

Selain itu, program ini turut menyediakan aktiviti perkongsian ilmu oleh pensyarah pelawat industri. Program ini juga mampu memberikan pendedahan serta pengalaman kepada pelajar semester satu dalam pembangunan jati diri, keyakinan dan komunikasi terutama ketika sesi soal jawab bersama panel juri yang terlibat.
Panel juri jemputan terdiri daripada pensyarah Universiti Putra Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu Prof Madya Dr Thinagaran Perumal dan Dr Nur Syafiqah Yap Abdullah.
Program ini telah berjaya menarik minat dan disertai oleh pelajar-pelajar semester 1 & 2 dari Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK).

#PSISdesigningYourFuture