WEBINAR BUSINESS IDEA CHALLENGE USING “BUSINESS MODEL CANVAS (BMC)”
- Details
- Hits: 348
28 Mei 2021 (Jumaat)
WEBINAR BUSINESS IDEA CHALLENGE USING “BUSINESS MODEL CANVAS (BMC)”
JK Pembangunan Keusahawanan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi PSIS telah menganjurkan 1 sesi webinar pada 28 Mei 2021 bersama seorang penceramah industri iaitu Cik Ain Aisyah Binti Azlan daripada Faradigma Holdings Sdn. Bhd. Program webinar ini dilaksanakan secara atas talian dan melibatkan pelajar-pelajar yang mengambil kursus DFT30103 Cyberpreneurship, pensyarah-pensyarah kursus dan juga pensyarah-pensyarah yang berkelapangan. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Ts. Nizam Bin Mohd Nasir, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat PSIS dan program ini telah dikendalikan oleh Ts. Norqursiah Binti Saad, selaku moderator. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar JTMK PSIS khususnya kepada pelajar yang mengambil kursus DFT30103 Cyberpreneurship bagi menghasilkan Business Model Canvas (BMC) dengan lebih berkesan. Seramai 101 orang peserta telah terlibat dalam webinar ini.
Kumpulan pelajar dari kelas DDT2B iaitu CRISPY YUM YUM yang dianggotai oleh Widad Hanani binti Shahrizal, Nurain Athilah binti Mohd Khir, dan Nur Insyirah binti Zaidon telah dinobatkan sebagai juara pembentangan BMC terbaik. Manakala naib johan telah dimenangi oleh kumpulan Hardthrift daripada DDT3B yang dianggotai oleh Muhammad Jeffri bin Sumli, Harith Nazim bin Nizam, dan Muhammad Adib bin Mohd Ali Hanafiah. Tempat ketiga telah dimenangi oleh kumpulan Keruk-Keruk Kudapan dari kelas DDT3A yang dianggotai oleh Muhammad Zulhaikal bin Zulkipli, Siti Jashnitha binti Abdul Aziz, dan Nurul Syafira binti Mohd Zaini. Program ini telah berjalan dengan lancar dan telah berjaya menyampaikan pelbagai input kepada para peserta dan meningkatkan tahap keupayaan serta keyakinan pelajar untuk menjalankan perniagaan terutama semasa membentangkan BMC masing-masing. Perlaksanaan program ini adalah selari dengan hasrat Centre of Entrepreneurship Development for Polytechnic and Community College (CEDev) dalam menggalakkan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti menceburi bidang keusahawanan setelah tamat pengajian.
#PSISDesigningYourFuture