25 Mei 2021 (Selasa)

Program Webinar Bicara Industri 2021 "Meningkatkan Citra PSIS Pada Kaca Mata Industri & Komuniti"

Jabatan Kejuruteraan Awam telah melaksanakan 1 sesi webinar pada 25 Mei 2021 bersama salah seorang Jawatankuasa Penasihat Industri PSIS iaitu Prof Emeritus Ir Dr Ahmad Bin Jusoh daripada Universiti Malaysia Terengganu. Program webinar ini dilaksanakan secara atas talian melibatkan warga kerja staf dan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah. Ucapan aluan diberikan oleh Dr Mazura Binti Mansor, Timbalan Pengarah Akademik PSIS dan program dikendalikan oleh En Mohd Rizal Bin Abd Rahim, selaku moderator. Melalui program ini, panel telah berkongsi pelbagai input bagi meningkatkan imej PSIS dan antaranya melaksanakan program aktif bersama industri seperti perkongsian kepakaran, penyelidikan bersama dan juga melibatkan industri dalam pembangunan kurikulum dan kursus di politeknik. Selain itu, PSIS juga boleh terlibat secara aktif dalam komuniti setempat bagi mengilap kemahiran dan membina modal insan dalam diri para pelajar. Sesi webinar ini berjalan lancar dan telah berjaya memberi pelbagai input kepada para peserta khususnya para pensyarah dan pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam bagi meningkatkan imej PSIS dan seterusnya menyumbang kepada kebolehpasaran pelajar.

#PSISdesigningYourFuture