WEBINAR BERSAMA PENASIHAT INDUSTRI “HALALKAH NAFASKU”

Buat julung kalinya dalam sejarah Politeknik Sultan Idris Shah di bawah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) telah berjaya menganjurkan webinar yang bertajuk “Halalkah Nafasku” pada 24 Mei 2021 (Isnin), bermula jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Ianya bersiaran langsung melalui platform WEBEX di http://bit.ly/bicarahalal dan di Facebook LIVE Politeknik Sultan Idris Shah.

Webinar ini bertujuan untuk memenifestasikan definisi Halal dan kepentingannya dalam kehidupan sebenar. Webinar ini telah disempurnakan dengan ucaptama yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) Dr Mazura Binti Mansor.

Tokoh Halal yang mengupas tema menarik, iaitu “Halalkah Nafasku” dibarisi oleh Penasihat Industri Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti iaitu Ustaz Mohd Amri bin Abdullah. Beliau merupakan Pengacara/penganalisa MyHalal TV2/ Pakar Industri Halal Negara/ Perunding Latihan Islam (Murabbi Halal)/ Speaker Pensijilan Halal Malaysia & Halal Haram.

Seramai 430 peserta telah menyertai webinar ini melalui platform WEBEX, manakala seramai 111 orang telah menyertai webinar melalui platform fb live Politeknik Sultan Idris Shah. 53,6% pelajar Politeknik Malaysia, 42.8% kakitangan Politeknik Malaysia, dan 3.6% dari UiTM, Pelajar UiTM, AJK KESAH, Rakan Industri, JPPKK dan Kolej Komuniti.

Sesi webinar perkongsian ini merupakan salah satu aktiviti perkongsian Ilmu berkenaan Isu Industri Halal kepada semua peserta. Secara umum, program ini telah mencapai objektif di mana ia juga memberi kesedaran kepada para peserta kerana mereka dapat dengar sendiri secara langsung berkenaan dengan usaha yang telah dilakukan untuk menjamin kehalalan produk di Malaysia

#PSISdesigningYourFuture